Puteri Kendiri menolak pinangan itu kerana dia sudah bertunang dengan Perabu Kelono Siwan Donno. Namun begitu, Warok Singgo Ludro memaksa Tuan Puteri menjadi isterinya. Maka, dalam serba salah puteri ketika itu, puteri pun mengeluarkan satu syarat yang berbunyi “saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat”. Dalam pada itu Patih Bujang Ganong nmencadangkan supaya membuat persembahan Riyok. Apabila sudah dipersetujui cadangan tersebut, Bujang Ganong pun memanggil rakan-rakannya seperti Tembem, Pentul dan Joko Taun.
Namun begitu, apabila sedang asyik Bujang Ganong ,Tembem, Pentul, Joko Taun dan Kelono Siwan Donno membuat persembahan, tiba-tiba Puteri Songgo Langit disambar oleh Warok Singgo Ludroo dan dibawa terbang ke Negara Bantara Aingin. Apabila keadaan menjadi kelam kabut, Puteri Songgo Langit sudah tidak kelihatan maka bersurailah satu persatuan tarian tersebut.
ALAT-ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN
1. TANGLUNG
2. GENDANG
3. GONG
PERALATAN LAIN SEPERTI
4. KUDA KEPANG
5. KEPALA HARIMAU DAN BULU MERAK (BARONGAN)
6. PAKAIAN PENARI
7. TPOENG MUKA(PENTOL, GANONG..)
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrQnPuCjLoIqrtCpVURIMDys1SkzLq7osrObAT5TtfF93ZMwy-MVftbk1iTCz861uHPsUuZOOkzHlWGSr3TRthPk17hzRPiP0FRWgRZO6jLP0CeHs_-r5mP7q4MABIAwA8HCxnX15QJng/s1600/DSCN5860.JPG">
Pengasas reong ponorogo Kg Sg Nibung( wak bakar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan