Halaman

Jumaat, 15 April 2011

GRAFIK.. POSTER



POSTER

PENGENALAN POSTER

Poster dalam bentuk pelakar dan bill yang ditampar,telah digunaknan dalam jangka masa yang lama,terutamanya untuk pengiklanan dan perhebahan.dalam cara yang asli poster teks mempunyai sejarah yang lama.mereka mengiklankan tentang karya sastera William Shakespeare dan menyedarkan rakyat tentang pengiktirafan kerajaan selama beberapa dekat. Walau bagaimanapun,revolusi yang hebat dalam poster ialah pembangunan dalam teknik percetakan dan yang membenarkan penghasilan dan percetakan dalam kualiti yang murah,termasuklah teknik yang penting iaitu teknik litografi dimana ia dicipta oleh seorang rakyat Jerman yang bernama Alois Senefelder pada tahun 1796,rekaan litogrfi kemudiannya diikuti dengan komuligrafi yang mana membenarkan jumlah edisi sesebuah poster dihasilkan dalam alat berwarna untuk dicetak.pada tahun 1890 teknik ini telah mula tersebar ke seluruh eropah.sehingga pelukis tertentu yang teleh mencipta seni poster dalam jangka masa ini.

Pada akhir abad ke-19 semasa era yang dikenali sebagai Belle Epoque,pembangunan poster sebagai bentuk seni yang serius,kemudiannya telah berkembang dengan lebih maju diantara tahun 1895 dan tahun1900.Iklan poster telah menjadi yang istimewa dalam seni grafik dalam era moden.Pelukis poster telah mengubah seni mereka kepada majalah dalam pengiklanan dan juga untuk dokumentari dalam sosial dan politik. Dalam United Stetes,poster tidak mengembang kepada tahap penulis yang sama.poster amerika adlah lebih menghala kepada keperluan asas komersial untuk menyampaikan sebuah meseg yang bertulis,Walau bagaimanapun kedatangan ahli sarkas yang merantau telah mengembangkan poster yang berwarna untuk memberitahu penduduk terdapat carnival akan datang di bandar tersebut .Tetapi ini terlalu komersial yang berkenaan dengan hal yang berfaedah ,pada kualiti biasa,dan sebahagiannya yang menyaksikan kreativiti pelukis yang sebenar

Definisi Poster
Poster ialah mana-mana kepingan besar sebuah kertas yang dicetak dan direka untuk diletakkan pada dinding atau permukaan yang lurus. Biasanya poster disertakan denga elimen perkataan dan grafik,walaupun sebuah poster mungkin diantara grafik seluruhnya ataupun perkataan sepenuhnya .Poster direka untuk menjadi penarik perhatian dan penyampaikan maklumat.poster mungkin digunakan untuk banyak tujuan dan ia adalah sebuah alat yang cekap untuk diiklankan (biasanya aktiivit, muzikal,dan filem),propaganda,bantahan dan lain-lain kumpulan yang cuba menyampaikan meseg.poster juga selalu digunakan untuk produksi dalam kerja seni ,terutamanya seni yang terkenal.jenis yang lain juga untuk poster adalah poster yang berbentuk pendidikan,dimana mungkin tentang subjek tertentu untuk tujuan pendidikan.berkaitan denga ini juga adalah tentng akedemik ataupun persidangan kebiasaannya kos yang redah berbanding kerja seni yang asal,banyak orang juga mengumpul poster,dan sebahagiannya poster yang terkenal yang ada pada mereka menjadi bernilai,pengumpul dan poster dari masa lampau biasanya dibingkaikan dengan ukuran yang paling sesuai untuk poster grafik biasanya berukuran 24x36 inci,walaupun poster mungkin mana-mana saiz .iklan cetak yang kecil biasanya dipanggil handbills ataupun flyers.

Seni Cetak Poster

Banyak teknik mencetak telah digunakan untuk menghasilkan poster.kebanyakan poster dihasilkan dengan banyak,poster juga boleh dihasilkan dengan tangan aaupun dalam jumlah yang terhad.kebanyakan poster dicetak dalam sebelah muka surat ataupun dibiarkan kosong di sebelah belekang,untuk memudahkan dilekatkan diatas permukaan atupun dinding.saiz poster kebiasaanya dicetak dalam A3 stndart kertas sutera dalam warna yang penuh,adalah lebih baik penggunaan poster creation sofewere untuk mencetak poster yang besar di rumah ataupun pencetak di pejabat

Sejarah dan Latar Belakang Poster

Sempena Pameran Poster: Seni dan Grafik di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada Jun 1997, menurut rencana Utusan Malaysia, perkembangan poster sebagai iklan, hiburan bernilai kreatif dan artistik di Malaysia mulai muncul sejak awal Perang Dunia Kedua terutama sesudah kemasukan Jepun. Poster menjadi alat propaganda oleh Jepun untuk menyelamatkan Asia daripada penjajahan Barat. Apabila negara mencapai kemerdekaan, muncul era baru dalam dunia poster dengan bantuan imejimej berkesan daripada bantuan fotografi, tipografi bersama imej dan warna yang diolah secara estetik melalui seni rekabentuk grafik. Jika ditinjau dalam sejarah yang lebih awal, sekitar tahun 1940-an bermula dengan keperluan cetakan yang menjadi proses komersial. Poster dikaitkan dengan keperluan pengeluaran barangan atau kehendak pengguna terutama sewaktu Perang Dunia Pertama. Dunia poster berganding dalam dunia pengiklanan yang membuka peluangkepada yang berbakat untuk mencipta muka taip atau ‘setting style’, reka letak dan bahan-bahan bercetak yang lain.

Sekolah seni grafik didirikan pada masa perang. Seniman Hans Hartung, Frank Klein dan Jackson Pollock membawa masuk pengaruh seni figuratif ke dalam poster. Manakala Bernard Buffelt bersama aliran Pop Art telah membawa reka bentuk grafik dengan unsur imageri, warna bersama sudut pandangan yang berpengaruh dalam kehidupan. Mario Amaya pula mengeksploitasikan unsur psikologi, sosiologi, methologikal sebagai pengaruh dari bahan baru seperti air-brush, photo-montage.

Diantara jenis-jenis poster adalah :
1. Poster Pengiklanan
2. Poster Filem
3. Poster Buku Komik
4. Poster Acara Sukan
5. Poster Tinju.
6. Poster Pendidikan
7. Poster Consert

1.Poster Pengiklanan
Banyak poster,kebiasaanya poster yang terkawal,digunakan untuk mengiklankan produk.poster berterusan digunakan untuk tujuan ini,dengan poster peingiklanan filem,musik(kedua-duanya berkaitan konsert dan album yang di rakam)dan buku komik menjadi contoh yang terkenal.

2.Poster Filem
Filem industi telah menemui dimana poster yang bewarna terang merupakan cara yang senang menjual gambar-gambar mereka.Hari ini,poster dihasilkan untuk tujuan filem besar,dan koleksi poster wayang telah menjadi hobi ang utama.

3.Poster Buku Komik
Kemunculan buku komik pada tahun 1960dan mejadi petunjuk kepada penghasilan poster buku komik secara besar-besaran pada tahun 1970dan seterusnya.Poster ini kebiasaannya menerangkan kerektor yang terkenal dalam posisi yang berbeza.Faktanya dimana buku komik adalh pasaran yang paling sesuai bermaksud buku komik yang di berikan,kebiasaannya mempunyai cetakan yang kecil berbanding genra poster yang lain.promosi poster kebiasaannya diedarkan dengan dilipat,dimana poster runcit diharapkan untuk penghias rumah tidak digunakan lagi.

4.Poster Acara/Sukan
Iklan poster acara menjadi kebisaannya.Apa-apa jenis acara rakyat,dari perlumbaan kerata ke drama,mungkin diiklankan dengan poste,sebilangan acara telah menjadi terkenal kerana iklan poster mereka.

5.Poster Tinju
Poster bertinju telah digunakan dalam seluruh tempat yang wujud untuk mengiklankan pertempuran yang akan datang,masa,harga,tiket dan kebiasaannya disertakan denan gambar-gambar setiap penju.poster tinju berbeza dari segi saiz dan warna yang terang,kebiasaannya tidak kecil dari 18x22 inci.dalam hari yang awl,beberapa poster petinju wujud pada acara yang sebenar dan sekaligus ia senang didapati dan jarang didapati.

6.Poster Consert
ebanyakan consert ,terutamanya kosert rock,mempunyai poster yang dirangcang kebisaannya yang digunakan untuk tujuan pengiklanan acara tersebut.Ini juga menjadi benda yang boleh dikumpul.

7.Poster Pendidikan
Poster digunakan dalam akedemik untuk menerangkan dan promosi hasil kajian mereka.Ia kebiasaannya ditunjukkn semasa persidangan ,samaada sebagai pujian terhadap suatu perbincangan ataupun kertas sains,ataupun sebagai penerbitan.Ia kurang penting dari artikal sebenar ,tetapi ia boleh menjadi pengenalan yang baik nkepada penidikan yang baru sebelum kertas kerja itu diterbitkan.






Jumaat, 11 Februari 2011

APA ITU TARIAN BARONGAN??? (sejarah tarian barongan)

Barongan di Kg Sg Nibung di Batu Bapat berasal dari Tanah Jawa. Menurut Wak Bakar. Barongan ini mengisahkan tentang peminangan Perabu Kolono Siwan Donno dan Warok Singo Ludroo dengan puteri Songgo Langit. Maka terdapat satu tempat bernama Kerajaan Kendiri. Kerajaan Kendiri di dalam negeri itu terdapat seorang puteri yang bernama Puteri Songgi Langgit. Pada ketika itu Puteri Songgo Langit sudah bertunang dengan seorng raja yang bernama Perabu Kelono Siwan Donno. Pada suatu hari, Warok Singo Ludroo yang datangnya dari Negeri Bantara hendak meminang puteri Kerajaan Kendiri. Warok Singo Ludro mempunyai sifat fizzikal berbadan seperti manusia berkepalakan harimau dan mempunyai merak di tengkuknya.

Puteri Kendiri menolak pinangan itu kerana dia sudah bertunang dengan Perabu Kelono Siwan Donno. Namun begitu, Warok Singgo Ludro memaksa Tuan Puteri menjadi isterinya. Maka, dalam serba salah puteri ketika itu, puteri pun mengeluarkan satu syarat yang berbunyi “saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat”. Dalam pada itu Patih Bujang Ganong nmencadangkan supaya membuat persembahan Riyok. Apabila sudah dipersetujui cadangan tersebut, Bujang Ganong pun memanggil rakan-rakannya seperti Tembem, Pentul dan Joko Taun.

Namun begitu, apabila sedang asyik Bujang Ganong ,Tembem, Pentul, Joko Taun dan Kelono Siwan Donno membuat persembahan, tiba-tiba Puteri Songgo Langit disambar oleh Warok Singgo Ludroo dan dibawa terbang ke Negara Bantara Aingin. Apabila keadaan menjadi kelam kabut, Puteri Songgo Langit sudah tidak kelihatan maka bersurailah satu persatuan tarian tersebut.


ALAT-ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN
1. TANGLUNG
2. GENDANG
3. GONG

PERALATAN LAIN SEPERTI
4. KUDA KEPANG
5. KEPALA HARIMAU DAN BULU MERAK (BARONGAN)
6. PAKAIAN PENARI
7. TPOENG MUKA(PENTOL, GANONG..)



href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrQnPuCjLoIqrtCpVURIMDys1SkzLq7osrObAT5TtfF93ZMwy-MVftbk1iTCz861uHPsUuZOOkzHlWGSr3TRthPk17hzRPiP0FRWgRZO6jLP0CeHs_-r5mP7q4MABIAwA8HCxnX15QJng/s1600/DSCN5860.JPG">










Pengasas reong ponorogo Kg Sg Nibung( wak bakar)

Reog Ponorogo (Tarian Barongan).. di desaku.. Kg Sg Nibung Darat, Batu Pahat,

tarian barongan ini selalu aku dapat lihat di kg aku.. ia dimainkan oleh wak-wak aku.. jika dahulu ia dimainkan oleh atok-atok aku.. barongan nie berasal dari jawa. oleh sebb atok2 aku dalulu berasal dari jawa maka mereka membawa permainan ini ke negara Malaysia dan ia menjadi satu permainan yang menjadi kebanggaan aku. ini adalah satu-satunya tarian yang ditinggalkan oleh nenk moyang aku kepada generasi kini..


jika dilihat pemain watak-watak dan pemain alat muziknya adalah wak-wak aku jer.. pelawak nie ada 4 pada asalnya. iaitu, tembem, joko, pentol, dan ganong. tapi selalu yg dimainkan kat kg aku pentol dengan tembem jer.. penari yang menaiki kuda kupang pula kebiasanya 2 atau 4 orang. barongan pila hanya boleh dimainkan ole seseorang sahaja. jika pemegang watak barongan mengetahui rentetan kisah sebenar ia dapt menunjukkan kisah cerita dalam permainan ini. pemain muzik pula atok-atok dan wak aku..


jika dapat dilihat secara terus, ia satu tarian yang sangat menarik dan menyeronokkan disamping mencuit hati dan menghiburkn penonton kerna disetai dengan watak-watak pelawak sperti pentol dan ganong.










yang depan watak tembem, gambar belakang watak pentol








bergambar ngn pengntin.. brongan nie dbuat dalam sesebuah mjis. contohnya mjlis pengantin cik jijah sorng aku nie..(anak bongsu atok jupri bin wagimon)
dalam thun 2007, atok jupri merupakan pengasas tarian barongan ini. tarian barongan telah dimaninkan dan dibawa oleh arwah ayah kepada atok aku dari jawa 90 yhun yg lalu.. bangganya aku..

Ahad, 29 Ogos 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Kreatif sangat...

Kreatif sangat...

ManDi JuNub

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sabtu, 31 Julai 2010

INIKAH NAMANYA "CINTA"....

definisi cinta selalu yang terjadi
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C - Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A - Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K - Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A - Akad dilafaz cinta berbunga
S - Suami disanjung-tinggi
I - Isteri disayangi
H - Harumlah kasih sepanjang zaman

S - Sayangkan Isteri kasihkan suami
A - Ada masalah, dibincangkan bersama
Y - Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A - Amalkan hidup bertoleransi
N - Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G - Gaduh sesekali tu perkara biasa

H - Hati suami mesti dijaga
A - Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T - Tanggung-jawab dipikul bersama
I - Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti...

Utusan Malaysia Online - Berita Utama(tarian barongan di sg nibung)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...